6 OGOS 2021
Apakah penghukuman taktha Putih yang Besar?
Soalan
Jawapan
Penghukuman di taktha putih yang besar disebut dalam Wahyu 20:11-15. Berdasarkan Wahyu 20: 7-15 didapati bahawa penghukuman ini akan berlaku selepas kerajaan 1000 tahun iaitu selepas ketiga-tiga Iblis, binatang itu dan nabi palsu telah dibuang ke dalam lautan api (Wahyu 20: 7-10). Pada waktu itu kitab-kitab yang merekodkan perbuatan semua orang akan dibuka (Wahyu 20:12). Tuhan mengetahui semua yang telah dikatakan, dilakukan atau difikirkan dan Dia akan memberi upah atau menghukum setiap orang berdasarkan rekod perbuatan dan pembawaan masing-masing (Mazmur 28:4; 62:13; Roma 2:6; Wahyu 2:23; 18:6; 22:12).
Pada masa yang sama sebuah kitab lain akan dibuka (Wahyu 20:12). Kitab ini akan menentukan samada seseorang itu akan mewarisi kehidupan kekal bersama dengan Tuhan atau menerima penghukuman kekal dalam lautan api. Walaupun orang-orang Kristian harus bertanggungjawab ke atas tindakan-tindakan mereka, Yesus Kristus telah mengampuni mereka dan nama mereka telah tertulis dalam “buku kehidupan” sejak dunia ini diciptakan (Wahyu 17:8). Firman Tuhan juga mengajar kita bahawa pada masa inilah orang-orang mati akan dijatuhkan hukuman menurut apa yang telah mereka lakukan” (Wahyu 20:12). Orang yang nama-nya tidak ada tertulis dalam Kitab Kehidupan akan dibuang ke dalam “lautan api” (Wahyu 20:15).
Kenyataan tentang akan ada hari penghukuman untuk semua orang percaya dan yang tidak percaya sangat jelas dalam Firman Tuhan. Suatu hari kelak setiap orang akan berdiri di hadapan Kristus dan akan dihakimi menurut perbuatan-perbuatan masing-masing. Penghukuman di taktha putih jelas merupakan penghukuman yang terakhir namun terdapat perbezaan pendapat tentang hubungannya dengan penghakiman-penghakiman lain yang disebut dalam Alkitab, terutama sekali tentang siapa yang akan dihakimi ketika itu.
Beberapa orang Kristian percaya Firman Tuhan menyebut tentang tiga penghukuman berbeza yang akan datang. Pertama tentang penghakiman di antara domba dan kambing atau penghakiman bangsa-bangsa (Matius 25:31-36). Ini berlaku selepas masa kesengsaraan besar tetapi sebelum kerajaan 1000 tahun; bertujuan menentukan siapa yang berhak masuk Kerajaan 1000 tahun. Penghakiman kedua adalah penghakiman ke atas perbuatan orang-orang percaya. Penghakiman ini sering disebut sebagai “taktha pengadilan [bema] Kristus’ (2 Korintus 5: 10). Pada waktu ini orang-orang Kristian akan mendapat upah untuk semua yang telah mereka kerjakan untuk Tuhan. Penghukuman ketiga adalah penghukuman di taktha putih yang besar di akhir kerajaan 1000 tahun (Wahyu 20:11-15). ini merupakan penghukuman ke atas orang-orang yang tidak percaya di mana mereka dihakimi menurut perbuatan-perbuatan mereka dan dihukum ke dalam lautan api.
Orang-orang Kristian yang lain percaya bahawa ketiga-tiga penghakiman dan penghukuman ini bercakap tentang perkara yang sama dan bukan tiga penghakiman dan penghukuman yang berbeza. Dengan kata lain, masa penghukuman di taktha putih yang besar itu juga merupakan masa di mana orang-orang percaya dan yang tidak percaya dihakimi. Mereka yang namanya tertulis dalam Kitab Kehidupan akan dihakimi menurut perbuatan mereka bagi menentukan bentuk upah yang akan diterima atau akan kehilangan upah. Mereka yang namanya tidak tertulis dalam kitab kehidupan akan dihakimi menurut perbuatan mereka untuk menentukan tahap penghukuman yang akan mereka terima dalam lautan api. Mereka yang berpegang kepada pandangan ini percaya bahawa Matius 25: 31-46 merupakan satu gambaran tentang apa yang akan berlaku sewaktu penghukuman di taktha putih yang besar itu. Mereka menggunakan jalan cerita penghukuman ini sama dengan apa yang berlaku setelah selesai penghukuman di taktha putih yang besar dalam Wahyu 20: 11-15. Domba-domba (orang-orang percaya) masuk ke dalam kehidupan kekal, sementara kambing-kambing (orang-orang tidak percaya) dibuang ke dalam “penghukuman kekal” (Matius 25:46).
Apapun juga pandangan yang kita pegang berhubung penghukuman di taktha putih yang besar, adalah penting bagi kita untuk tetap berpegang kepada fakta tentang akan adanya hari penghakiman dan penghukuman yang akan datang. Pertama, Yesus Kristus akan menjadi Hakimnya, semua orang percaya akan dihakimi oleh Kristus, mereka akan dihukum menurut perbuatan-perbuatan yang mereka telah lakukan. Alkitab dengan jelas berkata orang-orang yang tidak percaya sedang menimbunkan murka Allah ke atas mereka (Roma 2:5) dan Tuhan akan “membalas setiap orang menurut perbuatannya” (Roma 2:6). Orang-orang percaya juga akan dihakimi oleh Kristus, tetapi memandangkan kebenaran Kristus telah dipindahkan ke atas kita dan nama kita sudah tertulis dalam Kitab Kehidupan maka kita akan menerima upah menurut perbuatan-perbuatan kita. Kita yang percaya tidak akan menerima hukuman. Roma 14:10-12 berkata “kita semua harus menghadap takhta pengadilan Allah dan setiap kita akan memberi pertanggunganjawab kepada Tuhan.”
4 OGOS 2021
Adakah Tuhan wujud? Terdapatkah bukti kewujudan Tuhan?
Adakah Tuhan wujud? Sungguh menarik apabila mendapati bahawa banyak perhatian telah diberi pada soalan ini. Tinjauan yang paling terkini menunjukkan bahawa 90% orang di dunia ini percaya bahawa Tuhan wujud. Tetapi masih merupakan tanggungjawab orang yang percaya kepada Tuhan untuk membuktikan bahawa Tuhan sebenarnya wujud. Bagi saya, saya merasakan cara yang sebaliknya lebih sesuai.
Walau bagaimanapun, kewujudan Tuhan tidak boleh dibuktikan atau dinafikan. Kitab Injil mengatakan bahawa kita mesti menerima dengan iman bahawa Tuhan wujud. “Tanpa iman, tidak seorang pun dapat menyenangkan hati Allah. Orang yang datang kepada Allah mesti percaya bahawa Allah wujud, dan bahawa Allah menganugerahi orang yang mencari-Nya.” (Ibrani 11:6). Jika Tuhan ingin, Dia boleh menunjukkan diri kepada dunia untuk membuktikan kewujudannya. Tetapi jika Tuhan berbuat begitu, maka tidak perlulah iman. “Yesus berkata kepadanya, “Adakah kamu percaya kerana kamu sudah melihat Aku? Berbahagialah orang yang percaya meskipun tidak melihat Aku!” (Yohanes 20:29).
Tetapi hal ini tidak bermakna bahawa tiada bukti mengenai kewujudan Tuhan. Kitab Injil mengatakan bahawa, “Betapa terangnya langit menyatakan kemuliaan Allah! Betapa jelasnya cakerawala menunjukkan perbuatan-Nya; Hari yang satu menyampaikannya kepada hari yang berikut, dan malam yang satu mengulanginya kepada malam yang kemudian. Ucapan atau perkataan tidak digunakan; suara tidak kedengaran.” (Mazmur 19:1-4). Dengan melihat bintang, memahami betapa besarnya angkasa lepas, meninjau kekaguman alam semulajadi, menikmati kecantikan matahari pada waktu senja – semua ini menunjukkan kewujudan Tuhan. Kalau semua ini masih tidak cukup, terdapat lagi bukti dalam hati kita. Pengkhutbah 3:11 mengatakan, “Dia telah menentukan waktu yang tepat bagi tiap-tiap perkara. Dia telah memberi kita keinginan untuk mengetahui masa depan, tetapi tidak memberi kita pemahaman tentang segala perbuatan-Nya dari awal sampai akhir.” Terdapat sesuatu dalam hati kita yang memberitahu kita bahawa dunia dan hidup ini belum muktamad, terdapat sesuatu yang melebihi segala yang kita nampak dan ketahui. Kita boleh menafikannya secara intelek, tetapi kehadiran konsep Tuhan dalam hati kita tidak boleh dinafikan. Selain daripada ini, Kitab Injil memberi amaran bahawa masih ada orang yang menafikan Tuhan. Orang bodoh berkata dalam hati, “Tidak ada Tuhan” (Mazmur 14:1). Kerana terdapat 98% orang dalam sejarah di seluruh dunia yang percaya bahawa ada Tuhan, mesti ada sesuatu atau seseorang yang menyebabkan kepercayaan ini.
Selain daripada alasan yang diberikan oleh Kitab Injil, terdapat juga perbalahan logik mengenai kewujudan Tuhan. Pertama kali, perbalahan ontologikal. Hal ini menggunakan konsep Tuhan membuktikan Tuhan. Konsep ini mengatakan definasi Tuhan ialah “sesuatu yang tidak boleh diatasi dalam fikiran kita”. Katanya, kewujudan adalah lebih tinggi daripada tidak wujud. Oleh itu, kewujudan yang paling tinggi mesti wujud. Kalau Tuhan tidak wujud, maka Tuhan tidak akan wujud dalam fikiran kita. Tetapi hal ini bercanggah dengan definasi Tuhan. Alasan kedua ialah perbalahan teleologikal. Perbalahan teleologikal mengatakan bahawa alam ini menunjukkan reka bentuk yang mengagumkan, maka mesti terdapat seorang pencipta yang maha besar. Sebagai contoh, jika bumi lebih dekat atau jauh sebanyak beratus batu daripada matahari, maka kehidupan tidak akan wujud di bumi ini seperti sekarang. Jika peratusan bahan kimia dalam udara berbeza daripada segala yang terdapat sekarang, semua kehidupan di bumi ini akan mati. Kebarangkalian untuk wujudnya molekul protein secara sendiri adalah 1 dibahagi oleh 10234. Satu sel asalnya terdiri daripada berjuta-juta molekul protein.
Perbalahan ketiga ialah perbalahan kosmologi. Setiap akibat mesti terdapat sebab. Alam ini dan semua benda dalamnya adalah satu akibat. Jadi mesti terdapat sebab yang mewujudkan mereka. Akhirnya, mesti terdapat sesuatu yang bukan akibat yang menyebabkan benda-benda lain maka mesti merupakan sebabnya. Benda yang bukan akibat itu ialah Tuhan. Perbalahan keempat ialah perbalahan moral. Setiap tamadun dalam sejarah mempunyai undang-undang moral. Semua orang mempunyai pengetahuan mengenai betul dan salah. Pembunuhan, penipuan, pencurian dan kerosakan moral ditolak oleh semua orang. Jika bukan disebabkan oleh adanya Tuhan yang suci, bagaimana boleh wujud konsep moral ini?
Walaupun bukti kewujudan Tuhan ketara, tetapi Kitab Injil mengatakan bahawa masih terdapat orang yang tidak ingin percaya kepada Tuhan dan lebih suka pembohongan. Roma 1:25 mengatakan bahawa, “Mereka menukar ajaran benar daripada Allah dengan dusta. Mereka lebih suka menyembah dan mentaati apa yang diciptakan oleh Allah, daripada menyembah dan mentaati Allah yang menciptakan semuanya. Dialah yang seharusnya dipuji selama-lamanya! Amin.” Kitab Injil juga menyatakan bahawa kita tidak ada alasan yang betul untuk menafikan Tuhan, “Sejak Allah menciptakan dunia, sifat-sifat Allah yang tidak kelihatan, baik kuasa-Nya yang kekal mahupun keadaan-Nya sebagai Allah, dapat difahami oleh manusia melalui segala yang sudah diciptakan-Nya. Oleh itu manusia sama sekali tidak mempunyai dalih untuk membela diri.” (Roma 1:20).
Mereka yang tidak mahu percaya kepada Tuhan memberi alasan bahawa “tidak saintifik” atau “tiada bukti”. Alasan yang sebenar ialah jika mereka mengaku Tuhan, maka mereka terpaksa bertanggungjawab kepada Tuhan dan perlukan pengampunan dosa (Roma 3:23, 6:23). Jika Tuhan wujud, maka kita mesti menanggung akibat perbuatan kita dan mematuhi hukum Tuhan. Jika Tuhan tidak wujud, maka kita boleh berbuat sesuka hati dan tidak perlu risau tentang keadilan Tuhan. Saya percaya inilah sebabnya teori evolusi diterima oleh ramai orang dalam masyarakat kita. Tuhan wujud dan semua orang akan tahu kewujudannya satu hari nanti. Mereka yang cuba menafikan Tuhan sebaliknya melakukan sesuatu yang membuktikan kewujudan Tuhan.
Satu lagi perbalahan mengenai kewujudan Tuhan. Bagaimana saya tahu Tuhan wujud? Saya tahu kerana saya berbual dengan Tuhan setiap hari. Saya tidak mendengar suaranya dengan telinga, tetapi saya merasai kehadirannya. Saya nampak pimpinan-Nya, saya tahu kasih sayang-Nya, saya nikmati rahmat-Nya. Banyak perkara berlaku dalam hidup saya yang hanya boleh dijelaskan dengan konsep kewujudan Tuhan. Tuhan telah mengubah kehidupan saya dan menyelamatkan saya daripada keruntuhan moral, oleh itu saya mesti memuji dan mengakui kewujudan Tuhan. Tidak ada perbalahan yang boleh menyakinkan semua orang tentang kewujudan Tuhan jika mereka memang degil dengan kepercayaan sendiri. Akhirnya, kewujudan Tuhan mesti diterima dengan iman (Ibrani 11:6). Iman dan kepercayaan pada Tuhan bukan satu lompatan buta dalam kegelapan, tetapi merupakan satu langkah selamat ke dalam satu bilik yang terang dengan bercahaya di mana 90% orang sudah berada di sana.
31 JULAI 2021
Apakah karunia bercakap dalam bahasa roh? Adakah karunia berbahasa roh untuk hari ini? Bagaimana pula dengan berdoa dalam roh?
Soalan
Jawapan
Kejadian pertama berkata-kata dalam bahasa roh berlaku pada hari Pentakosta dalam Kisah Para Rasul 2:1-4. Para murid berjalan keluar dan mengongsikan Injil dengan orang ramai, bercakap kepada mereka dalam bahasa mereka sendiri, “kita mendengar mereka berkata-kata dalam bahasa kita sendiri tentang perbuatan-perbuatan besar yang dilakukan Allah”. Perkataan Yunani untuk “bahasa” bila diterjemahkan bererti “bahasa pertuturan”. Oleh yang demikian, karunia berkata-kata dalam bahasa roh adalah bercakap dalam bahasa yang si pembicara tidak tahu bertujuan untuk melayani seseorang yang bercakap dalam bahasa itu. Dalam 1 Korintus bab 12-14, di mana Paulus membincangkan tentang karunia-karunia mukjizat, dia berkata, “Jadi, saudara-saudara, jika aku datang kepadamu dan berkata-kata dengan bahasa roh, apakah gunanya itu bagimu, jika aku tidak menyampaikan kepadamu penyataan Allah atau pengetahuan atau nubuat atau pengajaran?( 1 Korintus 14: 6). Menurut Rasul Paulus dan ini sejalan dengan karunia berbahasa lidah yang disebut dalam Kisah Para Rasul, bercakap dalam bahasa roh berharga pada pendengaran orang yang bercakap dalam bahasa itu, tetapi tidak berguna untuk orang lain – kecuali ianya ditafsirkan.
Seseorang dengan karunia untuk mentafsirkan bahasa roh (1 Korintus 12: 30) dapat memahami apa yang sedang diperkatakan oleh orang yang berbahasa roh walaupun dia tidak tahu bahasa apa yang sedang diperkatakan. Penafsir bahasa Roh kemudian akan mengkomunikasikan mesej yang disampaikan kepada orang yang berbahasa roh kepada orang lain agar semua dapat memahaminya. “Karena itu siapa yang berkata-kata dengan bahasa roh, ia harus berdoa, supaya kepadanya diberikan juga karunia untuk menafsirkannya”. (1 Korintus 14;13). Kesimpulan Paulus berhubung dengan bahasa roh yang tidak diterjemahkan adalah tegas, “Tetapi dalam pertemuan jemaat aku lebih suka mengucapkan lima kata yang dapat dimengerti untuk mengajar orang lain juga, daripada beribu-ribu kata dengan bahasa roh” (1 Korintus 14:19)
Adakah karunia untuk berkata-kata dalam berbahasa roh untuk hari ini? 1 Korintus bercakap tentang bahasa roh akan berhenti walau berhentinya bahasa roh dikaitkan dengan ketibaan sesuatu yang “sempurna” dalam 1 Korintus 13: 10. Beberapa orang menunjuk kepada kata-kata “nubuat akan berakhir” dan “pengetahuan akan lenyap” sebagai bukti bahasa roh telah berhenti sebelum ketibaan “yang sempurna”. Ini mungkin saja, tetapi tidak begitu jelas menurut teks. Beberapa orang pula menunjuk petikan dalam Yesaya 28:11 dan Yoel 2: 28-29 dan mengatakan berbahasa roh merupakan petanda penghukuman yang akan datang daripada Tuhan.1 Korintus 14: 22 mengatakan bahasa roh sebagai tanda kepada “orang-orang tidak percaya”. Menurut pertimbangan ini, karunia berbahasa roh merupakan amaran Tuhan ke atas bangsa Yahudi kerana telah menolak Yesus Kristus sebagai Messias. Oleh kerana itu, apabila Tuhan mengadili Israel (dengan keruntuhan kota Yerusalem oleh tentera Rum dalam tahun 70M), karunia berbahasa roh tidak lagi berperan seperti yang telah ditentukan untuknya. Sementara pandangan ini juga satu kemungkinan, tujuan utama bahasa roh yang telah digenapi tidak semestinya menuntut agar ianya berhenti. Firman Tuhan tidak menegaskan bahawa karunia berbahasa roh telah berhenti.
Pada masa yang sama, sekiranya karunia berbahasa roh masih aktif dalam gereja masa sekarang, ia akan berjalan bersesuaian dengan Firman Tuhan. Ia adalah suatu bahasa yang jelas dan mudah difahami (1 Korintus 14: 10). Ia bertujuan untuk mengkomunikasikan Firman Tuhan dengan seseorang yang berasal dari bahasa yang lain (Kisah 2: 6-12). Ia akan selari dengan perintah yang Tuhan telah berikan melalui Rasul Paulus, “Jika ada yang berkata-kata dengan bahasa roh, biarlah dua atau sebanyak-banyaknya tiga orang, seorang demi seorang, dan harus ada seorang lain untuk menafsirkannya. Jika tidak ada orang yang dapat menafsirkannya, hendaklah mereka berdiam diri dalam pertemuan jemaat dan hanya boleh berkata-kata kepada dirinya sendiri dan kepada Allah” (1 Korintus 14: 27-28). Ia juga perlu tunduk kepada apa yang tertulis dalam 1 Korintus 14:33, “Sebab Allah tidak menghendaki kekacauan, tetapi damai sejahtera”.
Tanpa diragukan lagi Tuhan dapat memberikan kepada seseorang karunia berbahasa roh untuk membolehkan dia berkomunikasi dengan seseorang yang bercakap dalam bahasa yang lain. Roh Kudus berdaulat dalam penyebaran karunia-karunia roh (1 Korintus 12:11). Bayangkan betapa lebih berhasil para mubaligh sekiranya mereka tidak perlu ke kelas belajar bahasa dan tiba-tiba dapat bercakap kepada orang-orang di dalam bahasa mereka sendiri. Bagaimanapun, Tuhan kelihatannya tidak melakukan seperti itu. Bahasa roh tidak berlaku seperti yang pernah berlaku dalam Perjanjian Baru walaupun kenyataannya ia akan sangat berguna. Sebahagian besar orang-orang percaya yang bercakap dalam bahasa roh tidak melakukakannya berpandukan Firman Tuhan yang tersebut di atas. Fakta-fakta ini membawa kepada kesimpulan bahawa karunia berbahasa roh sudah berhenti, ataupun ianya sesuatu yang sangat jarang berlaku dalam rencana Tuhan bagi gereja pada hari ini.
Mereka yang percaya dalam karunia berbahasa roh sebagai “bahasa doa” untuk membangun diri peribadi mendapat pandangan mereka dari 1 Korintus 14:4 dan 14:28, “Siapa yang berkata-kata dengan bahasa roh, ia membangun dirinya sendiri, tetapi siapa yang bernubuat, ia membangun Jemaat”. Di sepanjang bab 14, Paulus menegaskan kepentingan bahasa roh supaya ditafsirkan, lihat 14:5-12. Apa yang Paulus katakan dalam ayat 4 adalah tegas “Sekiranya anda berkata-kata dalam bahasa roh tanpa penterjemahan, anda tidak melakukan apa-apa melainkan membangunkan diri sendiri, membuat anda kelihatan lebih rohani daripada orang lain. Sekiranya anda berbahasa roh dan ianya ditafsirkan,anda membangun semua orang”. Tidak ada terdapat arahan khusus dalam Perjanjian Baru untuk “berdoa dalam bahasa roh”. Tidak terdapat tujuan dalam Perjanjian Baru kepada “berdoa dalam bahasa roh”, atau secara khusus menggambarkan seseorang yang “berdoa dalam bahasa roh”. Tambahan lagi, sekiranya “berdoa dalam bahasa roh” itu untuk membangun diri sendiri, bukankah itu tidak adil bagi mereka yang tidak mempunyai karunia berbahasa roh dan kerana itu tidak dapat membangun diri mereka sendiri? 1 Korintus 12:29-30 dengan jelas memberi petunjuk bahawa bukan semua orang mempunyai karunia untuk berbahasa roh.
Adakah hari Sabat, Sabtu atau Ahad? Perlukah orang Kristian memelihara hari Sabat?
Soalan
Jawapan
Sering dikatakan bahawa “Tuhan memulakan hari Sabat di taman Eden” sebab hubungan di antara Sabat dan penciptaan yang disebut dalam Keluaran 20:11. Walaupun kenyataan Tuhan berehat pada hari yang ketujuh (Kejadian 2:3) memberi bayangan kepada suatu rehat Sabat di masa hadapan, tidak ada rekod tentang hari Sabat dalam Alkitab sebelum umat Israel meninggalkan tanah Mesir. Tidak terdapat sedikit petunjuk pun bahawa Sabat telah dipelihara sejak Adam sehingga ke zaman Musa.
Firman Tuhan memberi arahan yang cukup jelas bahawa pemeliharaan hari Sabat itu merupakan satu tanda di antara Allah dan Israel: “Maka haruslah orang Israel memelihara hari Sabat, dengan merayakan sabat, turun-temurun, menjadi perjanjian kekal. Antara Aku dan orang Israel maka inilah suatu peringatan untuk selama-lamanya, sebab enam hari lamanya TUHAN menjadikan langit dan bumi, dan pada hari yang ketujuh Ia berhenti bekerja untuk beristirahat.” (Keluaran 31:16–17)
Dalam Ulangan 5, Musa mengulangi Hukum 10 kepada generasi Israel yang berikutnya. Di sini, setelah memberi perintah berkenaan pemeliharaan hari Sabat dalam ayat-ayat 12-14, Musa memberikan sebab mengapa hari Sabat diberikan kepada bangsa Israel: “Sebab haruslah kauingat, bahwa engkau pun dahulu budak di tanah Mesir dan engkau dibawa keluar dari sana oleh TUHAN, Allahmu dengan tangan yang kuat dan lengan yang teracung; itulah sebabnya TUHAN, Allahmu, memerintahkan engkau merayakan hari Sabat.” (Ulangan 5:15).
Maksud Tuhan dalam memberikan hari Sabat kepada umat Israel bukan supaya mereka mengingat kepada Penciptaan, tetapi supaya mereka mengingati perhambaan mereka di Tanah Mesir dan Penyelamatan Tuhan. Perhatikan syarat-syarat untuk memelihara hari sabat: Seseorang yang berada di bawah hukum Sabat tidak boleh keluar meninggalkan rumah pada hari Sabat (Keluaran 16:29), dia tidak boleh menyalakan api (Keluaran 35:3), dan tidak boleh menyuruh sesiapa juga bekerja (Ulangan 5:14). Orang yang melanggar hukum Sabat akan dijatuhkan hukuman mati (Keluaran 31: 15; Bilangan 15: 32-35).
Satu pemeriksaan terhadap bahagian-bahagian dalam Perjanjian Baru memperlihatkan kepada kita empat perkara penting: 1) Setiap kali Kristus menampakkan diri dalam tubuh kebangkitan-Nya dan harinya disebut, hari itu sentiasa jatuh pada hari yang pertama dalam minggu itu (Matius 28:1, 9, 10; Markus 16:9; Lukas 24:1, 13, 15; Yohanes 20:19, 26). 2) Satu-satunya Sabat disebut dari kitab Kisah Para Rasul sehingga kitab Wahyu adalah dengan tujuan penginjilan kepada orang-orang Yahudi di dalam lokasi yang biasa iaitu dalam rumah sembahyang orang Yahudi (Kisah 13-18). Paulus menulis, “Demikianlah bagi orang Yahudi aku menjadi seperti orang Yahudi, supaya aku memenangkan orang-orang Yahudi.” (1 Korintus 9:20). Paulus tidak pergi ke rumah-rumah sembahyang orang Yahudi untuk bersekutu dan membangun orang-orang kudus, tetapi untuk menginsaf dan menyelamatkan mereka yang hilang. 3) Selepas Paulus berkata “Mulai dari sekarang aku akan pergi kepada bangsa-bangsa lain” (Kisah 18:6), hari Sabat tidak lagi pernah disebut.
Dan 4) Bukan pula menyuruh orang memelihara hari Sabat, bahagian Perjanjian Baru selebihnya secara tidal langsung memberikan sesuatu yang agak bertentangan, (termasuk apa yang disebut dalam perkara ke 3 di atas, yang terdapat dalam Kolose 2:16).
Dengan memperhati lebih dekat perkara 4, nampaknya orang-orang percaya dalam Perjanjian Baru tidak terikat untuk memelihara hari Sabat, dan pendapat yang berkata Ahad sebagai “Sabat Kristian” adalah tidak bersesuaian dengan Firman Tuhan. Seperti yang telah dibincangkan di atas, terdapat sekali lagi Sabat disebut selepas Paulus mula memberi penumpuan pelayanan kepada orang-orang bukan Yahudi, “Karena itu janganlah kamu biarkan orang menghukum kamu mengenai makanan dan minuman atau mengenai hari raya, bulan baru ataupun hari Sabat; semuanya ini hanyalah bayangan dari apa yang harus datang, sedang wujudnya ialah Kristus” (Kolose 2:16–17). Sabat Yahudi telah ditiadakan pada salib di mana Kristus telah “menghapuskan surat hutang” dengan semua ketetapan-ketetapannya” (Kolose 2:14).
Perkara ini diulang berkali-kali dalam Perjanjian Baru: “ Yang seorang menganggap hari yang satu lebih penting dari pada hari yang lain, tetapi yang lain menganggap semua hari sama saja. Hendaklah setiap orang benar-benar yakin dalam hatinya sendiri. Siapa yang berpegang pada suatu hari yang tertentu, ia melakukannya untuk Tuha” (Roma 14:5–6a). “ Tetapi sekarang sesudah kamu mengenal Allah, atau lebih baik, sesudah kamu dikenal Allah, bagaimanakah kamu berbalik lagi kepada roh-roh dunia yang lemah dan miskin dan mau mulai memperhambakan diri lagi kepadanya? Kamu dengan teliti memelihara hari-hari tertentu, bulan-bulan, masa-masa yang tetap dan tahun-tahun.” (Galatia4:9–10)
Tetapi ada beberapa orang mengatakan Konstantinus telah mengubah hari untuk merayakan Sabat dari hari Sabtu ke hati Ahad dalam tahun 321 M. Tetapi pada ada hari apakah jemaat yang awal telah datang berkumpul untuk menyembah? Alkitab tidak pernah menyebut mana-mana pertemuan hari Sabat (Sabtu) oleh orang-orang percaya untuk bersekutu dan menyembah. Namun terdapat bahagian-bahagian Firman Tuhan yang jelas menyebut hari pertama dalam minggu itu. Sebagai contoh, Kisah 20:7 menyatakan “Pada hari pertama dalam minggu itu, ketika kami berkumpul untuk memecah-mecahkan rot.” Dalam 1 Korintus 16:2 Paulus menasihatkan orang-orang percaya di Korintus “Pada hari pertama dari tiap-tiap minggu hendaklah kamu masing-masing -- sesuai dengan apa yang kamu peroleh ... .” Memandangkan Paulus menyifatkan persembahan ini sebagai “pelayanan” dalam 2 Korintus 9:12 , persembahan ini tentu telah dihubungkan dengan penyembahan Ahad kumpulan orang-orang percaya. Berdasarkan sejarah, Ahad, merupakan hari pertemuan orang-orang Kristian yang biasa di gereja dan ini dapat dikesan sehinggalah ke gereja yang awal dalam abad yang pertama.Bukan hari Sabtu.
Hari Sabat telah diberikan kepada orang israel, bukan kepada gereja. Hari Sabat masih Sabtu, bukan Ahad dan tidak pernah diubah. Tetapi Sabat adalah sebahagian daripada Hukum Taurat dan orang-orang Kristian telah dibebaskan daripada ikatan Hukum Taurat. Memelihara hari Sabat tidak dituntut daripada orang Kristian- baik itu Sabtu atau hari Ahad. Hari pertama pada setiap minggu, Ahad, Hari Tuhan (Wahyu 1:10) merayakan Ciptaan Baru, dengan Kristus sebagai Kepala kita yang telah bangkit. Kita tidak terikat untuk mengikut Sabat Musa yang bersifat rehat, tetapi kita sudah dibebaskan untuk mengikuti Kristus yang telah bangkit untuk melayani. Rasul Paulus berkata setiap orang Kristian perlu memilih samada hendak memelihara Sabat , “Yang seorang menganggap hari yang satu lebih penting dari pada hari yang lain, tetapi yang lain menganggap semua hari sama saja. Hendaklah setiap orang benar-benar yakin dalam hatinya sendiri.” (Roma 14:5). Kita perlu menyembah Tuhan pada setiap hari, bukan hanya pada hari Sabtu atau Ahad.
Adakah universalisme/keselamatan sejagat itu Alkitabiah?
Soalan
Jawapan
Universalisme adalah kepercayaan yang mengatakan semua orang akan diselamatkan. Terdapat ramai orang yang berpegang kepada universalisme dan percaya semua orang akhirnya akan masuk ke syurga. Mungkin gambaran dalam fikiran tentang manusia yang menderita sengsara dalam neraka telah menyebabkan ramai orang menolak pengajaran Alkitab berhubung isu ini. Bagi beberapa orang universalisme merupakan penekanan yang berlebihan terhadap kasih dan kemurahan hati Tuhan namun mengabaikan kebenaran dan keadilan Allah sehingga menyebabkan mereka percaya Tuhan akan mengasihi dan bermurah hati terhadap semua orang. Tetapi Alkitab jelas mengajar bahawa ada orang yang akan menjalani kekekalan di dalam neraka.
Pertama sekali, Alkitab dengan jelas mengatakan jiwa-jiwa yang belum ditebus Tuhan akan diam selama-lamanya dalam neraka. Kata-kata Yesus sendiri meneguhkan tempoh yang dijalani orang-orang yang telah ditebus dalam syurga adalah sama dengan masa yang dijalani oleh orang-orang yang tidak ditebus dalam neraka. Matius 25:46 berkata, “Dan mereka ini akan masuk ke tempat siksaan yang kekal, tetapi orang benar ke dalam hidup yang kekal.” Menurut ayat ini penghukuman bagi orang yang tidak diselamatkan juga bersifat kekal sama seperti kehidupan yang dinikmati orang-orang benar. Beberapa orang mempercayai mereka yang berada dalam neraka akan lenyap suatu masa nanti, tetapi Tuhan sendiri meneguhkan bahawa ianya kekal selama-lamanya. Matius 25:41 dan Markus 9:44 menggambarkan neraka sebagai “api kekal” dan “api yang tidak terpadamkan.”
Bagaimanakah seseorang dapat mengelak api yang tidak terpadamkan ini? Ramai orang percaya setiap jalan (semua agama dan kepercayaan) menuju ke syurga. Mereka berkata Tuhan itu sebagai penuh dan berkelimpahan dengan kasih dan kemurahan sehingga membenarkan semua orang masuk ke syurga. Tuhan itu memang penuh kasih dan kemurahan dan kualiti inilah yang telah menyebabkan Dia mengutus Anak-Nya Yesus Kristus ke dalam dunia untuk mati di salib bagi kita. Yesus Kristus merupakan satu-satunya jalan menuju kekekalan dalam syurga. Kisah 4:12 berkata, “Dan keselamatan tidak ada di dalam siapa pun juga selain di dalam Dia, sebab di bawah kolong langit ini tidak ada nama lain yang diberikan kepada manusia yang olehnya kita dapat diselamatkan.” “Karena Allah itu esa dan esa pula Dia yang menjadi pengantara antara Allah dan manusia, yaitu manusia Kristus Yesus” (1 Timotius 2:5). Dalam Yohanes 14:6 Yesus berkata, “Akulah jalan dan kebenaran dan hidup. Tidak ada seorang pun yang datang kepada Bapa, kalau tidak melalui Aku.” Yohanes 3:16, “Karena begitu besar kasih Allah akan dunia ini, sehingga Ia telah mengaruniakan Anak-Nya yang tunggal, supaya setiap orang yang percaya kepada-Nya tidak binasa, melainkan beroleh hidup yang kekal.” Sekiranya kita memilih untuk menolak Anak Tunggal Allah, maka syarat untuk kita menerima keselamatan tidaklah mencukupi (Yohanes 3:16, 18, 36).
Dengan ayat-ayat ini, maka jelas bahawa universalisme dan keselamatan sejagat sebagai kepercayaan yang tidak Alkitabiah. Universalisme bertentangan dengan apa yang diajarkan oleh Alkitab. Ramai orang menuduh orang Kristian sebagai tidak bertoleransi dan “bersifat eksklusif”, tetapi penting untuk diingati bahawa ini adalah perkataan Kristus sendiri. Pandangan ini bukan telah dibuat-buat oleh orang-orang Kristian. Orang-orang Kristian hanya menyatakan apa yang telah dikatakan oleh Tuhan. Manusia menolak mesej tersebut sebab mereka tidak mahu berhadapan dengan dosa mereka dan mengaku bahawa mereka memerlukan Tuhan untuk menyelamatkan mereka. Orang yang berkata akan ada keselamatan bagi mereka yang menolak keselamatan yang disediakan dalam Yesus Kristus memperkecil-kecilkan kekudusan dan keadilan Tuhan serta menafikan keperluan akan pengorbanan Kristus bagi pihak kita.
26 JULAI 2021
Bagaimanakah saya boleh diurapi oleh Roh Kudus?
Satu ayat penting yang membincangkan urapan Roh Kudus pada zaman ini ialah Yohanes 14:16, Yesus berjanji bahawa Roh Kudus akan mendiami para pengikut-Nya dan mendiami mereka selama-lamanya. Penting bagi kita untuk membezakan didiami oleh Roh Kudus dan diurapi oleh Roh Kudus. Didiami oleh Roh Kudus selama-lamanya bukan untuk beberapa pengikut yang terpilih, tetapi sebaliknya adalah untuk semua pengikut. Terdapat beberapa rujukan dalam ayat-ayat suci yang menyokong kesimpulan ini. Pertama ialah Roh Kudus merupakan anugerah yang diberikan kepada semua orang yang percaya kepada Yesus tanpa pengecualian, dan tiada syarat yang mengikat anugerah ini kecuali iman dalam Kristus (Yohanes 7:37-39). Kedua ialah Roh Kudus dianugerahkan pada saat penyelamatan. Efesus 1:13 menunjukkan bahawa Roh Kudus diberikan pada saat penyelamatan. Galatia 3:2 juga menekankan kebenaran ini, dengan menyatakan bahawa penerimaan Roh Kudus dimeteraikan pada saat kita percaya dan kita didiami oleh Roh Kudus. Ketiga, Roh Kudus mendiami para pengikut secara kekal. Roh Kudus dianugerahkan kepada para pengikut sebagai bayaran awal atau pengesahan kemuliaan mereka dalam Kristus pada masa hadapan (2 Korintus 1:22; Efesus 4:30).
Hal ini bertentangan dengan arahan urapan Roh Kudus yang dijumpai dalam Efesus 5:18. Kita harus menyerah sepenuhnya kepada Roh Kudus supaya Dia boleh memiliki kita sepenuhnya, dan hal ini bermakna mengurapi kita. Roma 8:9 dan Efesus 1:13-14 menyatakan bahawa Dia mendiami setiap pengikut, tetapi Dia boleh berasa sedih (Efesus 4:30), dan aktiviti Dia dalam diri kita boleh terhalang (1 Tesalonika 5:19). Apabila kita membenarkan hal ini berlaku, kita tidak dapat mengalami sepenuhnya kuasa Roh Kudus yang bekerja dalam dan melalui kita. Diurapi oleh Roh Kudus menyifatkan kebebasan yang diberikan kepada-Nya untuk memenuhi setiap bahagian hidup kita, mengarah dan mengawal kita. Maka kuasa-Nya boleh dilepaskan melalui kita supaya segala yang kita lakukan membuahkan hasil kepada Tuhan. Urapan Roh Kudus bukan merujuk kepada tindakan luaran sahaja; urapan ini juga merujuk kepada pemikiran dalaman dan niat tindakan kita. Mazmur 19:14 menyatakan, "Semoga kata-kata dan renunganku diterima oleh-Mu, ya Tuhan, pelindung dan penebusku."
Dosa memisahkan kita daripada urapan Roh Kudus, dan kepatuhan kepada Tuhan mengekalkan urapan Roh Kudus. Walaupun fokus kita sepatutnya adalah diurapi seperti yang diperintah dalam Efesus 5:18, tetapi berdoa supaya diurapi oleh Roh Kudus tidak akan membantu kita membuahkan hasil daripada Roh Kudus. Hanya kepatuhan kita kepada perintah Tuhan membolehkan Roh Kudus bebas bekerja dalam diri kita. Disebabkan kita adalah ciptaan yang berdosa, tidak mungkin kita boleh diurapi oleh Roh Kudus setiap masa. Kita patut serta-merta menangani dosa dalam hidup kita, dan membaharui komitmen kita untuk diurapi oleh Roh Kudus dan dipimpin oleh Roh Kudus.
Terdapatkah pengampunan? Bagaimanakah saya menerima pengampunan daripada Tuhan?
Kisah Rasul-Rasul 13:38 mengatakan, “Oleh itu, saudara-saudara, ketahuilah bahawa melalui Yesus berita tentang pengampunan dosa sudah disampaikan kepada saudara semua.”
Apakah itu pengampunan dan mengapakah saya memerlukannya?
Perkataan “ampun” bermakna melupakan segala yang lepas, memaafkan, membatalkan hutang. Apabila kita melakukan kesalahan ke atas orang, kita meminta maaf supaya hubungan dengannya dapat dipulihkan. Pengampunan bukan diberikan atas sebab seseorang itu berhak untuk dimaafkan. Tiada sesiapa pun berhak untuk dimaafkan. Pengampunan adalah satu tindakan kasih sayang, belas kasihan dan rahmat. Pengampunan adalah satu keputusan untuk tidak berdendam terhadap seseorang, tanpa mengambil kira apa yang mereka telah lakukan terhadap anda.
Alkitab memberitahu kita bahawa kita semua memerlukan pengampunan daripada Tuhan. Kita semua telah berdosa. Pengkhutbah 7:20 menyatakan, “Di bumi tiada seorang pun yang selalu berbuat baik dan tidak pernah melakukan kesalahan.” 1 Yohanes 1:8 menyatakan, “Jika kita berkata bahawa kita tidak berdosa, kita menipu diri sendiri dan Allah tidak ada di dalam kita.” Semua dosa adalah perbuatan menentang Tuhan (Mazmur 51:4). Akibatnya, kita amat memerlukan pengampunan Tuhan. Jika dosa kita tidak diampuni, kita akan menderita selama-lamanya disebabkan oleh dosa kita (Matius 25:46; Yohanes 3:36).
Pengampunan – Bagaimanakah saya mendapatnya?
Bersyukurlah, Tuhan yang penyayang dan pemurah – ingin sekali mengampuni dosa kita! 2 Petrus 3:9 memberitahu kita, “Tuhan tidak terlambat untuk melakukan apa yang sudah dijanjikan-Nya, meskipun beberapa orang berfikir demikian. Sebaliknya, Dia sabar terhadap kamu, kerana Dia tidak ingin sesiapa pun binasa. Dia mahu semua orang bertaubat daripada dosa.” Tuhan berhasrat untuk memaafkan kita, oleh itu Dia menyediakan pengampunan untuk kita.
Hanya satu hukuman yang adil ke atas dosa kita iaitu kematian. Bahagian separuh pertama Roma 6:23 menyatakan, “Kematian adalah upah dosa…” Kematian abadi adalah upah yang kita terima akibat daripada dosa kita. Tuhan, di dalam rancangan sempurna-Nya, menjadi seorang manusia –Yesus Kristus (Yohanes 1:1,14). Yesus mati di atas salib, memikul hukuman mati bagi pihak kita. 2 Korintus 5 :21 mengajar kita, “Kristus tidak berdosa, tetapi demi kebaikan kita, Allah meletakkan dosa kita pada Dia. Dengan demikian kita berbaik semula dengan Allah, apabila kita bersatu dengan Kristus.” Yesus mati di atas salib, memikul hukuman kita yang sepatutnya kita terima! Sebagai Tuhan, kematian Yesus memberikan pengampunan dosa bagi seluruh dunia. 1 Yohanes 2:2 memaklumkan, “Melalui Kristuslah dosa kita diampunkan, dan bukannya dosa kita sahaja, tetapi juga dosa semua orang.” Yesus bangkit daripada kematian, mengumumkan kemenangan-Nya mengatasi dosa dan kematian (1 Korintus 15:1-28). Puji Tuhan, melalui kematian dan kebangkitan Yesus Kristus, bahagian separuh kedua Roma 6:23 adalah benar, “…tetapi hidup sejati dan kekal bersama-sama Kristus Yesus Tuhan kita adalah anugerah Allah.”
Adakah anda inginkan dosa anda diampuni? Adakah anda sentiasa mempunyai rasa bersalah yang tidak dapat diatasi? Pengampunan bagi dosa anda tersedia jika anda meletakkan kepercayaan anda kepada Yesus Kristus sebagai Penyelamat anda. Efesus 1:7 menyatakan, “Hal itu demikian, kerana dengan kematian Kristus kita dibebaskan; maknanya Allah sudah mengampunkan dosa kita. Alangkah mulianya rahmat Allah.” Yesus telah membayar hutang kita supaya kita dapat diampuni. Apa yang anda perlu buat adalah meminta Tuhan untuk mengampuni anda melalui Yesus, percaya Yesus mati untuk membayar harga pengampunan bagi anda – maka Tuhan akan mengampuni anda! Yohanes 3:16-17 mengandungi berita yang mengagumkan ini, “Allah sangat mengasihi orang di dunia ini sehingga Dia memberikan Anak-Nya yang tunggal, supaya setiap orang yang percaya kepada Anak itu tidak binasa tetapi beroleh hidup sejati dan kekal. Allah mengutus Anak-Nya ke dunia ini bukan untuk menghakimi dunia, tetapi untuk menyelamatkannya.”
Pengampunan – Betulkah begitu senang sahaja?
Ya, begitu senang sahaja! Anda tidak dapat melakukan apa-apa untuk mendapatkan pengampunan daripada Tuhan. Anda tidak dapat membayar untuk mendapatkan pengampunan daripada Tuhan. Anda hanya boleh menerimanya, dengan iman, melalui rahmat dan belas kasihan Tuhan. Jika anda hendak menerima Yesus Kristus sebagai Penyelamat anda dan menerima pengampunan daripada Tuhan, berikut adalah doa yang anda boleh lafazkan. Melafazkan doa ini atau doa-doa lain tidak dapat menyelamatkan anda. Hanya kepercayaan kepada Yesus Kristus yang boleh memberikan pengampunan dosa. Doa ini hanyalah satu cara yang mudah untuk menunjukkan kepada Tuhan bahawa anda percaya kepada-Nya dan berterima kasih kepada-Nya kerana menyediakan pengampunan kepada anda. "Tuhan, saya mengaku bahawa saya sudah berdosa terhadap Kamu dan patut dihukum. Tetapi Yesus Kristus telah menggantikan saya untuk menerima hukuman itu supaya saya dapat diampuni melalui kepercayaan ke atas Dia. Saya meletakkan kepercayaan saya kepada Kamu untuk mendapat penyelamatan. Terima kasih Tuhan kerana rahmat dan pengampunan Kamu yang mengagumkan! Amin!"
Adakah anda sudah membuat keputusan untuk menerima Kristus selepas membaca laman ini? Jika ya, sila tekan butang “Saya telah menerima Kristus hari ini” di bawah.
Bagaimana saya boleh pasti bahawa saya akan pergi ke syurga selepas mati?
Adakah kamu pasti bahawa kamu mempunyai hidup yang kekal dan akan pergi ke syurga selepas mati? Tuhan mahu kamu mengetahui hal ini dengan pasti! Kitab Injil menyatakan: “Aku menulis surat ini kepada kamu yang percaya kepada Anak Allah, supaya kamu tahu bahawa kamu mempunyai hidup sejati dan kekal.”(1 Yohanes 5:13). Bayangkan kamu sekarang berdiri di hadapan Tuhan dan Dia bertanya kamu, “Mengapa Saya perlu benarkan kamu masuk ke syurga?” Kamu mungkin tidak tahu apa yang hendak dijawab. Kamu hanya perlu tahu bahawa Tuhan telah menyediakan satu cara yang memberitahu kita dengan pasti di mana kita akan berada selepas mati. Kitab Injil menyatakan: “Allah sangat mengasihi orang di dunia ini sehingga Dia memberikan Anak-Nya yang tunggal, supaya setiap orang yang percaya kepada Anak itu tidak binasa tetapi beroleh hidup sejati dan kekal.” (Yohanes 3:16).
Mula-mula, Kita perlu tahu apakah yang menghalang kita ke syurga. Masalahnya ialah – dosa semulajadi kita yang merosakkan hubungan kita dengan Tuhan. Kita ialah orang yang berdosa secara semulajadi dan juga mengikut suka hati sendiri. “Semua orang sudah berdosa dan jauh daripada Allah yang menyelamatkan mereka.”(Roma 3:23). Kita tidak boleh menyelamatkan diri sendiri. “Hal ini demikian, kerana dengan rahmat Allah, kamu diselamatkan oleh sebab kamu percaya kepada Yesus. Penyelamatan itu bukan hasil usaha kamu sendiri, melainkan kurnia Allah. Oleh itu kamu tidak mempunyai alasan untuk bercakap besar tentang hal itu.” (Efesus 2:8-9). Kita patut pergi ke neraka dan mati selama-lamanya kerana “Kematian adalah upah dosa” (Roma 6:23).
Tuhan adalah suci dan adil dan mesti menghukum dosa, tetapi Dia mengasihi kita dan menyediakan pengampunan dosa. “Akulah jalan untuk mengenal Allah dan untuk mendapat hidup. Tidak seorang pun dapat datang kepada Bapa kecuali melalui Aku” (Yohanes 14:6). Yesus mati untuk kita di atas salib: “Hal itu demikian kerana Kristus sendiri mati sekali sahaja dan untuk selama-lamanya, supaya dosa kita diampunkan. Dia tidak bersalah tetapi mati untuk orang yang bersalah, supaya dia boleh memimpin kamu kepada Allah. Dia dibunuh dalam keadaan jasmani tetapi dihidupkan semula dalam keadaan rohani.” (1 Petrus 3:18). Yesus bangkit daripada kematian: “Yesus diserahkan untuk dibunuh kerana dosa kita; Dia dibangkitkan supaya kita boleh berbaik semula dengan Allah.” (Roma 4:25)
Maka, kembali kepada soalan asal - : “ Bagaimana saya boleh pasti bahawa saya akan pergi ke syurga selepas mati?” Jawapannya ialah – percayalah kepada Tuhan Yesus lalu kamu akan diselamatkan – kamu dan keluargamu (Kisah Para Rasul 16:31). “Tetapi kepada mereka yang menyambut Dia dan percaya kepada-Nya, mereka diberikan-Nya hak menjadi anak Allah” (Yohanes 1:12). Kamu boleh menerima hidup kekal sebagai hadiah percuma. “Kematian adalah upah dosa, tetapi hidup sejati dan kekal bersama-sama Kristus Yesus Tuhan kita adalah anugerah Allah” (Roma 6:23). Kamu boleh mempunyai hidup yang bermakna sekarang. Yesus berkata: “tetapi Aku datang supaya manusia mendapat hidup, iaitu hidup yang kelimpahan.” (Yohanes 10:10). Kamu boleh hidup kekal dengan Yesus di syurga, kerana Dia berjanji: “Setelah Aku pergi menyediakan tempat untuk kamu, Aku akan kembali lalu membawa kamu ke tempat-Ku, supaya kamu tinggal di tempat Aku tinggal.” (Yohanes 14:3).
Jika kamu ingin menerima Yesus Kristus sebagai Penyelamat dan mendapat pengampunan daripada Tuhan, berikut ialah satu contoh doa yang kamu boleh lafazkan. Doa tidak akan menyelamatkan kamu, tetapi kepercayaan kepada Yesus Kristus yang mendatangkan pengampunan dosa. Doa hanya satu cara untuk menunjukkan iman kamu kepada Tuhan dan berterima kasih kepada Tuhan kerana Dia telah menyediakan pengampunan dosa. "Tuhan, saya mengaku bahawa saya sudah berdosa terhadap kamu dan patut dihukum. Tetapi Yesus Kristus telah menggantikan saya untuk menerima hukuman itu supaya saya dapat diampuni melalui kepercayaan ke atas Kristus. Saya akan meninggalkan dosa saya dan percaya kepada Tuhan demi pengampunan. Terima kasih Tuhan kerana rahmat dan pengampunan kamu yang mengagumkan itu! Amen!"
Adakah anda sudah membuat keputusan untuk menerima Kristus selepas membaca laman ini? Jika ya, sila tekan butang “Saya telah menerima Kristus hari ini” di bawah.
25 JULAI 2021
Apakah buah Roh Kudus?
Galatia 5:22-23 memaklumkan kita, "Inilah hasilnya jika orang dipimpin oleh Roh Allah: kasih, sukacita, damai sejahtera, sabar, kemurahan, kebaikan, kesetiaan, lemahlembut, menguasai diri." Buah Roh Kudus adalah hasil dari peranan Roh Kudus dalam kehidupan umat Kristian. Alkitab menjelaskan bahawa setiap yang menerima Roh Kudus di saat mempercayai Yesus Kristus. (Roma 8:9; 1 Korintus 12:13, Efesus 1:13-14).
Salah satu tujuan kedatangan Roh Kudus ke dalam diri orang percaya adalah untuk mengubah kehidupan. Pekerjaan Roh Kudus menyesuaikan diri kita dengan imej Kristus, menjadikan kita lebih sempurna di sisiNya.
Buah Roh Kudus bertentangan dengan perbuatan alami dosa dalam Galatia 5:19-21. Perbuatan daging yang jelas, iaitu: perbuatan cabul, lucah, dan hawa nafsu, menyembah berhala, sihir, permusuhan, perselisihan, cemburu, amarah, mementingkan diri sendiri, penderaan, roh pemecah belah, hasad dengki, mabuk, pesta ria dan sebagainya. Bagi kesemuanya itu kuperingatkan kamu - sepertimana yang telah kulakukan dahulu -barangsiapa yang melakukan hal-hal berkenaan, ia tidak akan tergolong dalam Kerajaan Allah," Galatia 5:19-21 menyebutkan bagaimana golongan, dalam peringkat yang berbeza, semasa belum mengenali Kristus dan disebabkan itu tidak dikuasai Roh Kudus. Alami kemanusiaan kita yang berdosa menghasilkan jenis-jenis buah (Galatia 5:19-21) serta Roh Kudusl menghasilkan buah-buahNya (Galatia 5:22-23).
Kehidupan Kristian merupakan pergaulan antara kehidupan alami yang sesuai dosa dan buah Roh Kudus. Sebagai umat yang telah terjebak dalam dosa, kita masih terperangkap dalam tubuh yang menghendaki hal-hal berdosa (Roma 7:14-25).
Sebagai umat Kristian, kita memiliki Roh Kudus yang melahirkan buah-buahNya dalam diri kita dan kuasaNya yang sedia membantu kita menghalang perbuatan daripada alami dosa (2 Korintus 5:17, Filipi 4:13). Seorang umat Kristian tidak pernah sentiasa memenangi hal tersebut sering menyangkal Roh Kudus. Tetapi, salah satu tujuan dalam penghidupan Kristian secara berperingkat adalah mengizinkan Roh Kudus menakluk kemahuan dosa. Buah Roh sebagaimana dikehendaki Allah demi kehidupan kita...dan dengan bantuanNya, semuanya pasti berlaku!
22 Julia 2021
Bagaimanakah saya boleh diurapi oleh Roh Kudus?
Satu ayat penting yang membincangkan urapan Roh Kudus pada zaman ini ialah Yohanes 14:16, Yesus berjanji bahawa Roh Kudus akan mendiami para pengikut-Nya dan mendiami mereka selama-lamanya. Penting bagi kita untuk membezakan didiami oleh Roh Kudus dan diurapi oleh Roh Kudus. Didiami oleh Roh Kudus selama-lamanya bukan untuk beberapa pengikut yang terpilih, tetapi sebaliknya adalah untuk semua pengikut. Terdapat beberapa rujukan dalam ayat-ayat suci yang menyokong kesimpulan ini. Pertama ialah Roh Kudus merupakan anugerah yang diberikan kepada semua orang yang percaya kepada Yesus tanpa pengecualian, dan tiada syarat yang mengikat anugerah ini kecuali iman dalam Kristus (Yohanes 7:37-39). Kedua ialah Roh Kudus dianugerahkan pada saat penyelamatan. Efesus 1:13 menunjukkan bahawa Roh Kudus diberikan pada saat penyelamatan. Galatia 3:2 juga menekankan kebenaran ini, dengan menyatakan bahawa penerimaan Roh Kudus dimeteraikan pada saat kita percaya dan kita didiami oleh Roh Kudus. Ketiga, Roh Kudus mendiami para pengikut secara kekal. Roh Kudus dianugerahkan kepada para pengikut sebagai bayaran awal atau pengesahan kemuliaan mereka dalam Kristus pada masa hadapan (2 Korintus 1:22; Efesus 4:30).
Hal ini bertentangan dengan arahan urapan Roh Kudus yang dijumpai dalam Efesus 5:18. Kita harus menyerah sepenuhnya kepada Roh Kudus supaya Dia boleh memiliki kita sepenuhnya, dan hal ini bermakna mengurapi kita. Roma 8:9 dan Efesus 1:13-14 menyatakan bahawa Dia mendiami setiap pengikut, tetapi Dia boleh berasa sedih (Efesus 4:30), dan aktiviti Dia dalam diri kita boleh terhalang (1 Tesalonika 5:19). Apabila kita membenarkan hal ini berlaku, kita tidak dapat mengalami sepenuhnya kuasa Roh Kudus yang bekerja dalam dan melalui kita. Diurapi oleh Roh Kudus menyifatkan kebebasan yang diberikan kepada-Nya untuk memenuhi setiap bahagian hidup kita, mengarah dan mengawal kita. Maka kuasa-Nya boleh dilepaskan melalui kita supaya segala yang kita lakukan membuahkan hasil kepada Tuhan. Urapan Roh Kudus bukan merujuk kepada tindakan luaran sahaja; urapan ini juga merujuk kepada pemikiran dalaman dan niat tindakan kita. Mazmur 19:14 menyatakan, "Semoga kata-kata dan renunganku diterima oleh-Mu, ya Tuhan, pelindung dan penebusku."
Dosa memisahkan kita daripada urapan Roh Kudus, dan kepatuhan kepada Tuhan mengekalkan urapan Roh Kudus. Walaupun fokus kita sepatutnya adalah diurapi seperti yang diperintah dalam Efesus 5:18, tetapi berdoa supaya diurapi oleh Roh Kudus tidak akan membantu kita membuahkan hasil daripada Roh Kudus. Hanya kepatuhan kita kepada perintah Tuhan membolehkan Roh Kudus bebas bekerja dalam diri kita. Disebabkan kita adalah ciptaan yang berdosa, tidak mungkin kita boleh diurapi oleh Roh Kudus setiap masa. Kita patut serta-merta menangani dosa dalam hidup kita, dan membaharui komitmen kita untuk diurapi oleh Roh Kudus dan dipimpin oleh Roh Kudus.
Adakah seseorang yang percaya boleh merasakan Roh Kudus?
Walaupun beberapa pelayanan tertentu menghasilkan “naluri” contohnya, keyakinan terhadap dosa, penghiburan, dan pemberian kuasa- Alkitab tidak menyuruh kita menerapkan hubungan dengan Roh Kudus berdasarkan apa mahupun bagaimanakah naluri kita. Setiap orang percaya yang telah lahir semula memiliki Roh Kudus di dalam dirinya. Yesus memaklumkan, bahawa ketika sang Penghibur datang, Dia akan bersama-sama mendiami kita,” Aku akan memohon pada Bapa, dan Ia akan memberi seorang Penolong lain, agar Ia menyertai kamu selama-lama, iaitu Roh Kebenaran. Dunia tidak dapat menerima Dia, sebab mereka tidak melihatNya dan tidak mengenaliNya. Tetapi kamu mengenaliNya, kerana Ia menyertai kamu dan akan mendiami kamu (Yohanes 14:16-17). Dengan erti kata lain, Yesus menghantar Peribadi sepertiNya untuk menyertai dan mendiami diri kita.
Kita mengetahui bahawa Roh Kudus menyertai kita disebabkan Firman Allah memberitahu hal itu. Setiap yang lahir semula akan didiami Roh Kudus, tetapi bukan semua orang percaya “dikuasai” Roh Kudus, dan terdapat perbezaan yang jelas di antara hal ini.
Semasa kita hidup dalam kemanusiaan, kita tidak dikuasai Roh Kudus walaupun Ia mendiami kita. Rasul Paulus mengulas kebenaran ini dan dia menggambarkan agar kita memahami, “Janganlah kamu menjadi mabuk oleh wain, kerana hal itu akan merosakkan hidup kamu. Tetapi hendaklah kamu dikuasai oleh Roh Allah” (Efesus 5:18). Kebanyakan orang yang membaca ayat ini menganggap Paulus melarang meminum anggur. Tetapi konteks bahagian ayat Alkitab ini merupakan kehidupan dan pergaulan orang-orang percaya yang dipenuhi Roh Kudus. Disebabkan itu terdapat sesuatu yang lebih daripada suatu amaran agar tidak keterlaluan meminum anggur.
Semasa seseorang mabuk akibat terlalu banyak meminum anggur, mereka menyerlahkan sifat-sifat tertentu; sewenang-wenang, pertuturan mereka tidak jelas, dan keperibadian mereka terjejas.Inilah perbandingan dari Paulus. Samalah seperti karektor orang yang terlalu mabuk dek anggur, seharusnya mempunyai sifat-sifat orang yang dikuasai Roh Kudus. Bacaan kita dalam Galatia 5:22-24 tentang “buah” Roh. Inilah buah milik Roh Kudus dan disebutkan oleh orang percaya yang telah lahir semula yang di bawah kekuasaan Roh Kudus.
Bentuk ayat dalam Efesus 5:18 memperlihatkan proses bertalian dipenuhi oleh Roh Kudus. Disebabkan nasihat ini agar “terus-terusan dikuasai,” ertinya tidak mustahil untuk “tidak dikuasai” atau dipenuhi Roh Kudus. Selanjutnya dari Efesus 5 memaklumkan kita sifat-sifat orang percaya yang dipenuhi Roh Kudus. Maka berkata-katalah seseorang kepada orang lain dalam mazmur, kidung puji-pujian dan nyanyian rohani. Menyanyi dan bersorak-sorailah demi Tuhan dengan sepenuh hati. Sentiasalah mengucapkan syukur di atas segala sesuatu dalam nama Tuhan kita Yesus Kristus terhadap Allah dan Bapa kita serta rendahkanlah hatimu kepada yang lain demi takut akan Kristus (Efesus 5:19-21).
Disebabkan itu orang percaya yang lahir semula tidak sewajarnya dikuasai oleh hal-hal selain Roh Kudus. Kita tidak akan dikuasai Roh Kudus kerana kita “menganggap” dipenuhi, tetapi disebabkan itu hak dan milik kita dalam Kristus. Dipenuhi atau dikuasai Roh Kudus merupakan hasil dari ketaatan hidup terhadap Tuhan. Inilah anugerah dan bukannya emosi. Emosi biasa akan memperdaya kita, dan menjadikan kita menurutkan emosi semata-mata dari kemanusiaan dan bukannya Roh Kudus. “Maksudku: hiduplah demi Roh, maka kamu tidak akan menuruti kemahuan daging. Jika hidup dengan Roh, hidup juga dipimpin oleh Roh (Galatia 5:16, 25).
Setelah melihatkan semua ini, kita tidak boleh mengandaikan ada waktunya kita dikuasai sebegitu dan kehadiran serta kekuasaan Roh Kudus seringkali menjadi pengalaman emosional. Semasa hal ini berlaku, lahirlah sukacita yang tiada tolok bandingannya. Raja Daud “menari-nari dengan sukacita” (2 Samuel 6:14) semasa mereka membawa Tabut Perjanjian ke Yerusalem. Menghadapi sukacita Roh difahami kita, anak-anak Allah diberkati anugerahNya. Disebabkan itu sudah tentu pelayanan Roh Kudus melibatkan emosi. Pada masa yang sama, walaupun kerja Roh Kudus melibatkan emosi, kita tidak boleh bergantung berdasarkan jaminan bahawa kita memiliki Roh pada emosi kita.
Adakah Roh Kudus boleh meninggalkan orang percaya?
Ringkasnya, tidak, Roh Kudus tidak pernah mengabaikan orang percaya. Kebenaran ini dijelaskan dalam pelbagai bahagian Perjanjian Baharu. Contohnya, Rma 8:9 menyatakan, "Jika seseorang tidak memiliki Roh Kudus, ia bukanlah kepunyaan Kristus." Jelasnya ayat ini, jika seseorang tidak memiliki Roh Kudus datang dan menduduki dirinya, orang itu belum lagi diselamatkan, disebabkan itu, jika Roh Kudus meninggalkan mereka, dia akan kehilangan hubungan dengan Kristus serta hilang keselamatan. Tetapi jelasnya ini bertentangan dengan yang diajarkan oleh Roh Kudus tentang "jaminan keselamatan" orang percaya. Ayat lain yang dengan jelas tentang Roh Kudus mendiami kehidupan orang percaya adalah Yohanes 14:16. Dalam hal ini Yesus menyebutkan Bapa akan menghantar seorang Penolong yang lain, "agar membantu kamu selama-lamanya".
Fakta bahawa Roh Kudus tidak pernah mengabaikan orang percaya boleh dilihat menerusi Efesus 1:13-14 bahawa orang-orang percaya "dipateri" oleh Roh Kudus yang "dijaminkan memperolehi keseluruhannya, iaitu penebusan yang menjadikan diri kita ini milik Allah, demi memuji kemuliaanNya". Dipateri oleh Roh Kudus mencerminkan pemilikan. Allah sudahpun menjanjikan hidup kekal kepada orang percaya Kristus, dan menjamin bahawa Dia akan mengotakan janjiNya, maka mengutuskan Roh Kudus demi mendiami orang percaya sehingga hari penebusan. Samalah umpama memberi wang pendahuluan bagi kenderaaan atau membeli rumah, Allah telah mendahulukan bagi semua orang percaya demi masa depan mereka denganNya, dengan mengutuskan Roh Kudus demi mendiami mereka. Fakta bahawa semua orang percaya dipateri oleh Roh turut dilihat dalam 2 Korintus 1:22 dan Efesus 4:30.
Sebelum kematian, kebangkitan dan kenaikan Kristus ke syurga, Roh Kudus mempunyai hubungan "pergi" dan "balik" terhadap orang percaya. Roh Kudus mendiami Raja Saul, tetapi kemudiannya mengabaikan dia (1 Samuel 16:14). Roh Kudus seterusnya mendatangi Daud (1 Samuel 16:13). Akibat perzinaannya dengan Betsyeba, Daud bimbang Roh Kudus akan diambil daripadanya (Mazmur 51:11). Roh Kudus menduduki Bezaleel demi membolehkan dia menyediakan perkakasan yang diperlukan dalam Khemah Pertemuan (Keluaran 31:2-5), tetapi ini tidak dicerminkan umpama hubungan yang kekal. Mulai dari hari Pentakosta (Kisah pasal 2), Roh Kudus mulai menduduki orang percaya secara kekal. Duduknya Roh Kudus secara kekal sebagai memenuhi janji Allah sentiasa menyertai kita dan tidak pernah mengabaikan kita.
Walaupun Roh Kudus tidak akan pernah mengabaikan kita, menjadi berdosa jika kita "meluputkan Roh Kudus" (1 Tesalonika 5:19) atau "menyedihkan Roh Kudus" (Efesus 4:30). Dosa selalu kelihatan antara hubungan kita dengan Allah. Walaupun hubungan kita dengan Allah di dalam Kristus aman tenteram, dosa-dosa yang tidak diakui dalam kehidupan kita dapat menghalang penyatuan dengan Allah dan secara efektif memadamkan pekerjaan Roh Kudus dalam kehidupan kita. Itulah sebabnya penting untuk mengakui dosa-dosa kita disebabkan Allah itu "setia dan adil, sehingga Ia mengampuni dosa dan menyucikan kita dari semua kemungkaran" (1 Yohanes 1:9). Justeru, meskipun Roh Kudus tidak pernah meninggalkan kita, faedah dan sukacita kehadirannya dapat hilang dari diri kita.
Bilakah atau bagaimanakah kita menerima Roh Kudus?
Rasul Paulus mengajar kita dengan jelas bahawa kita menerima Roh Kudus pada saat kita percaya kepada Yesus Kristus sebagai penyelamat kita. 1 Korintus 12:13 mengisytiharkan bahawa, "Demikian juga kita semua, baik orang Yahudi mahupun orang bukan Yahudi, baik hamba mahupun orang bebas; kita semua sudah dibaptis oleh Roh yang sama, supaya kita menjadi satu tubuh. Tuhan sudah mencurahkan Roh yang sama itu kepada kita." Roma 8:9 memberitahu kita bahawa jika seseorang tidak mempunyai Roh Kudus, dia bukan kepunyaan Kristus - "Tetapi kamu tidak lagi hidup menurut tabiat manusia. Kamu hidup menurut kehendak Roh Allah – jika Roh Allah menguasai hidup kamu. Sesiapa tidak mempunyai Roh Kristus, orang itu bukan milik Kristus." Efesus 1:13-14 mengajar kita bahawa Roh Kudus ialah jaminan penyelamatan bagi mereka yang percaya, "Roh itu jaminan bahawa kita akan menerima apa yang telah dijanjikan oleh Allah kepada umat-Nya. Hal itu menyakinkan kita bahawa Allah akan membebaskan umat-Nya dengan sepenuhnya. Marilah kita memuji kemuliaan-Nya."
Tiga ayat ini menunjukkan dengan jelas bahawa Roh Kudus mesti diterima pada saat penyelamatan. Paulus tidak akan mengatakan bahawa kita dibaptis dalam satu Roh dan dicurahkan dengan Roh yang sama jika bukan semua penganut di Korintus memiliki Roh Kudus. Roma 8:9 memberi lebih penekanan. Jika seseorang tidak mempunyai Roh Kudus, dia bukan kepunyaan Kristus. Maka, mempunyai Roh Kudus ialah satu faktor yang mengenal pasti samada kita mempunyai penyelamatan. Selanjutnya, Roh Kudus tidak boleh menjadi “jaminan penyelamatan” (Efesus 1:13-14) jika Dia tidak diterima pada masa penyelamatan. Banyak firman yang menjadikannya sangat jelas bahawa penyelamatan kita terjamin pada saat kita menerima Kristus sebagai Penyelamat.
Perbincangan ini menimbulkan perbalahan kerana ministri Roh Kudus kerap mengelirukan. Menerima atau didiami Roh Kudus berlaku pada saat penyelamatan. Dipenuhi dengan Roh Kudus ialah proses yang berterusan dalam kehidupan Kristian. Walaupun kita percaya bahawa pembaptisan Roh Kudus berlaku pada saat penyelamatan, sesetengah Kristian tidak berpendapat demikian. Maka hal ini menyebabkan pembaptisan Roh Kudus kadangkala dikelirukan dengan “menerima Roh Kudus” sebagai tindakan selepas penyelamatan. Sebagai kesimpulannya, bagaimanakah kita menerima Roh Kudus? Kita menerima Roh Kudus hanya dengan mempercayai Tuhan Yesus Kristus sebagai Penyelamat kita (Yohanes 3:5-16). Bilakah kita menerima Roh Kudus? Roh Kudus menjadi kepunyaan tetap kita pada saat kita percaya.
17 Julai 2021
Apakah dia Jalan Roma ke penyelamatan?
Jalan Roma ke penyelamatan ialah satu cara berkongsi dengan orang lain mengenai Berita Baik penyelamatan melalui penggunaan ayat-ayat daripada buku Roma. Cara ini ialah satu cara yang mudah lagi berkesan untuk menjelaskan sebab-sebab kita perlukan penyelamatan, bagaimana Tuhan menyediakan penyelamatan, bagaimana kita boleh menerima penyelamatan, dan apakah akibat penyelamatan?
Ayat pertama bagi Jalan Roma ke penyelamatan ialah Roma 3:23, “Semua orang sudah berdosa dan jauh daripada Allah yang menyelamatkan mereka.” Kita semua telah berdosa. Kita semua melakukan sesuatu yang tidak disukai oleh Tuhan. Tiada seorang pun yang tidak berdosa. Roma 3:10-18 menerangkan bagaimana dosa mempengaruhi hidup kita. Ayat suci kedua mengenai Jalan Roma ke Penyelamatan, Roma 6:23, mengingatkan kita mengenai akibat berdosa – “kematian adalah upah dosa..” Hukuman ke atas dosa ialah kematian. Bukan sahaja kematian fizikal, tetapi kematian kekal!
Ayat suci ketiga di dalam Buku Roma mengenai penyelamatan ialah Roma 6:23, “…tetapi hidup sejati dan kekal bersama-sama Kristus Yesus Tuhan kita adalah anugerah Allah.” Roma 5:8 menyatakan bahawa, “Tetapi Allah telah menunjukkan betapa besarnya kasih-Nya kepada kita, kerana Kristus mati bagi kita semasa kita masih berdosa.” Yesus Kristus mati untuk kita! Kematian Yesus membayar denda dosa kita. Kebangkitan Yesus membuktikan bahawa Tuhan telah menerima kematian-Nya sebagai tebusan dosa kita.
Ayat suci keempat di dalam Jalam Roma ke penyelamatan ialah Roma 10:9, “Jika kamu mengaku di hadapan orang bahawa “Yesus itu Tuhan,” dan kamu sungguh-sungguh percaya bahawa Allah sudah membangkitkan Yesus daripada kematian, kamu akan diselamatkan.” Kerana Yesus telah mati untuk kita, maka kita perlu percaya kepada Dia, yakin bahawa kematian-Nya adalah untuk menebus dosa kita – pasti kita akan diselamatkan! Roma 10:13 menyatakan, “Setiap orang yang berseru kepada Tuhan akan diselamatkan.” Yesus mati untuk menebus dosa kita dan membebaskan kita daripada hukuman kekal. Penyelamatan dan pengampunan diberi secara percuma kepada semua orang yang percaya kepada Yesus sebagai Tuhan dan Penyelamat.
Aspek terakhir Jalan Roma ke penyelamatan ialah akibat penyelamatan. Roma 5:1 mempunyai ayat yang mengagumkan, “Sekarang kita sudah berbaik semula dengan Allah kerana kita percaya kepada-Nya. Oleh itu kita hidup dalam kedamaian dengan Allah melalui Yesus Kristus, Tuhan kita.” Melalui Yesus, kita boleh menikmati hubungan sejahtera dengan Tuhan. Roma 8:1 mengajar kita, “Sekarang tidak ada lagi hukuman bagi mereka yang hidup bersatu dengan Kristus Yesus.” Oleh sebab Yesus mati untuk kita, maka kita tidak akan dihukum lagi. Akhirnya, kita mempunyai janji Tuhan daripada Roma 8:38-39, “Aku yakin bahawa tiada sesuatu pun dapat menghalang Kristus mengasihi kita: baik kematian mahupun kehidupan, baik malaikat mahupun penguasa lain di angkasa, baik hal-hal yang berlaku sekarang mahupun pada masa yang akan datang, baik hal-hal yang di langit mahupun yang di bumi – tidak ada sesuatu pun di alam semesta yang dapat menghalang Allah mengasihi kita, seperti yang sudah ditunjukkan-Nya melalui Kristus Yesus, Tuhan kita.”
Adakah anda hendak mengikuti Jalan Roma ke Penyelamatan? Jika Ya, ikutilah satu doa contoh di sini. Melafazkan kata-kata ini tidak akan menyelamatkan kamu, tetapi hanya kepercayaan kepada Kristus yang akan menyelamatkan kamu! Doa ini hanya satu cara yang mudah untuk menunjukkan kepercayaan kamu dan mengucapkan terima kasih kepada Tuhan kerana rahmat penyelamatannya. "Tuhan, saya mengaku bahawa saya sudah berdosa terhadap Kamu dan patut dihukum. Tetapi Yesus Kristus telah menggantikan saya bagi menerima hukuman itu supaya saya dapat diampuni melalui iman dalam Kristus. Saya akan meninggalkan dosa saya dan percaya Kristus boleh memberi saya pengampunan dosa. Terima kasih Tuhan kerana rahmat dan pengampunan kamu – iaitu hadiah kehidupan akhirat! Amen!"
Adakah anda sudah membuat keputusan untuk menerima Kristus selepas membaca laman ini? Jika ya, sila tekan butang “Saya telah menerima Kristus hari ini” di bawah.
15 Julai 2021
Bagaimana saya boleh pasti bahawa saya akan pergi ke syurga selepas mati?
Adakah kamu pasti bahawa kamu mempunyai hidup yang kekal dan akan pergi ke syurga selepas mati? Tuhan mahu kamu mengetahui hal ini dengan pasti! Kitab Injil menyatakan: “Aku menulis surat ini kepada kamu yang percaya kepada Anak Allah, supaya kamu tahu bahawa kamu mempunyai hidup sejati dan kekal.”(1 Yohanes 5:13). Bayangkan kamu sekarang berdiri di hadapan Tuhan dan Dia bertanya kamu, “Mengapa Saya perlu benarkan kamu masuk ke syurga?” Kamu mungkin tidak tahu apa yang hendak dijawab. Kamu hanya perlu tahu bahawa Tuhan telah menyediakan satu cara yang memberitahu kita dengan pasti di mana kita akan berada selepas mati. Kitab Injil menyatakan: “Allah sangat mengasihi orang di dunia ini sehingga Dia memberikan Anak-Nya yang tunggal, supaya setiap orang yang percaya kepada Anak itu tidak binasa tetapi beroleh hidup sejati dan kekal.” (Yohanes 3:16).
Mula-mula, Kita perlu tahu apakah yang menghalang kita ke syurga. Masalahnya ialah – dosa semulajadi kita yang merosakkan hubungan kita dengan Tuhan. Kita ialah orang yang berdosa secara semulajadi dan juga mengikut suka hati sendiri. “Semua orang sudah berdosa dan jauh daripada Allah yang menyelamatkan mereka.”(Roma 3:23). Kita tidak boleh menyelamatkan diri sendiri. “Hal ini demikian, kerana dengan rahmat Allah, kamu diselamatkan oleh sebab kamu percaya kepada Yesus. Penyelamatan itu bukan hasil usaha kamu sendiri, melainkan kurnia Allah. Oleh itu kamu tidak mempunyai alasan untuk bercakap besar tentang hal itu.” (Efesus 2:8-9). Kita patut pergi ke neraka dan mati selama-lamanya kerana “Kematian adalah upah dosa” (Roma 6:23).
Tuhan adalah suci dan adil dan mesti menghukum dosa, tetapi Dia mengasihi kita dan menyediakan pengampunan dosa. “Akulah jalan untuk mengenal Allah dan untuk mendapat hidup. Tidak seorang pun dapat datang kepada Bapa kecuali melalui Aku” (Yohanes 14:6). Yesus mati untuk kita di atas salib: “Hal itu demikian kerana Kristus sendiri mati sekali sahaja dan untuk selama-lamanya, supaya dosa kita diampunkan. Dia tidak bersalah tetapi mati untuk orang yang bersalah, supaya dia boleh memimpin kamu kepada Allah. Dia dibunuh dalam keadaan jasmani tetapi dihidupkan semula dalam keadaan rohani.” (1 Petrus 3:18). Yesus bangkit daripada kematian: “Yesus diserahkan untuk dibunuh kerana dosa kita; Dia dibangkitkan supaya kita boleh berbaik semula dengan Allah.” (Roma 4:25)
Maka, kembali kepada soalan asal - : “ Bagaimana saya boleh pasti bahawa saya akan pergi ke syurga selepas mati?” Jawapannya ialah – percayalah kepada Tuhan Yesus lalu kamu akan diselamatkan – kamu dan keluargamu (Kisah Para Rasul 16:31). “Tetapi kepada mereka yang menyambut Dia dan percaya kepada-Nya, mereka diberikan-Nya hak menjadi anak Allah” (Yohanes 1:12). Kamu boleh menerima hidup kekal sebagai hadiah percuma. “Kematian adalah upah dosa, tetapi hidup sejati dan kekal bersama-sama Kristus Yesus Tuhan kita adalah anugerah Allah” (Roma 6:23). Kamu boleh mempunyai hidup yang bermakna sekarang. Yesus berkata: “tetapi Aku datang supaya manusia mendapat hidup, iaitu hidup yang kelimpahan.” (Yohanes 10:10). Kamu boleh hidup kekal dengan Yesus di syurga, kerana Dia berjanji: “Setelah Aku pergi menyediakan tempat untuk kamu, Aku akan kembali lalu membawa kamu ke tempat-Ku, supaya kamu tinggal di tempat Aku tinggal.” (Yohanes 14:3).
Jika kamu ingin menerima Yesus Kristus sebagai Penyelamat dan mendapat pengampunan daripada Tuhan, berikut ialah satu contoh doa yang kamu boleh lafazkan. Doa tidak akan menyelamatkan kamu, tetapi kepercayaan kepada Yesus Kristus yang mendatangkan pengampunan dosa. Doa hanya satu cara untuk menunjukkan iman kamu kepada Tuhan dan berterima kasih kepada Tuhan kerana Dia telah menyediakan pengampunan dosa. "Tuhan, saya mengaku bahawa saya sudah berdosa terhadap kamu dan patut dihukum. Tetapi Yesus Kristus telah menggantikan saya untuk menerima hukuman itu supaya saya dapat diampuni melalui kepercayaan ke atas Kristus. Saya akan meninggalkan dosa saya dan percaya kepada Tuhan demi pengampunan. Terima kasih Tuhan kerana rahmat dan pengampunan kamu yang mengagumkan itu! Amen!"
14 Julai 2021
Terdapatkah pengampunan? Bagaimanakah saya menerima pengampunan daripada Tuhan?
JAWAPAN
Kisah Rasul-Rasul 13:38 mengatakan, “Oleh itu, saudara-saudara, ketahuilah bahawa melalui Yesus berita tentang pengampunan dosa sudah disampaikan kepada saudara semua.”
Apakah itu pengampunan dan mengapakah saya memerlukannya?
Perkataan “ampun” bermakna melupakan segala yang lepas, memaafkan, membatalkan hutang. Apabila kita melakukan kesalahan ke atas orang, kita meminta maaf supaya hubungan dengannya dapat dipulihkan. Pengampunan bukan diberikan atas sebab seseorang itu berhak untuk dimaafkan. Tiada sesiapa pun berhak untuk dimaafkan. Pengampunan adalah satu tindakan kasih sayang, belas kasihan dan rahmat. Pengampunan adalah satu keputusan untuk tidak berdendam terhadap seseorang, tanpa mengambil kira apa yang mereka telah lakukan terhadap anda.
Alkitab memberitahu kita bahawa kita semua memerlukan pengampunan daripada Tuhan. Kita semua telah berdosa. Pengkhutbah 7:20 menyatakan, “Di bumi tiada seorang pun yang selalu berbuat baik dan tidak pernah melakukan kesalahan.” 1 Yohanes 1:8 menyatakan, “Jika kita berkata bahawa kita tidak berdosa, kita menipu diri sendiri dan Allah tidak ada di dalam kita.” Semua dosa adalah perbuatan menentang Tuhan (Mazmur 51:4). Akibatnya, kita amat memerlukan pengampunan Tuhan. Jika dosa kita tidak diampuni, kita akan menderita selama-lamanya disebabkan oleh dosa kita (Matius 25:46; Yohanes 3:36).
Pengampunan – Bagaimanakah saya mendapatnya?
Bersyukurlah, Tuhan yang penyayang dan pemurah – ingin sekali mengampuni dosa kita! 2 Petrus 3:9 memberitahu kita, “Tuhan tidak terlambat untuk melakukan apa yang sudah dijanjikan-Nya, meskipun beberapa orang berfikir demikian. Sebaliknya, Dia sabar terhadap kamu, kerana Dia tidak ingin sesiapa pun binasa. Dia mahu semua orang bertaubat daripada dosa.” Tuhan berhasrat untuk memaafkan kita, oleh itu Dia menyediakan pengampunan untuk kita.
Hanya satu hukuman yang adil ke atas dosa kita iaitu kematian. Bahagian separuh pertama Roma 6:23 menyatakan, “Kematian adalah upah dosa…” Kematian abadi adalah upah yang kita terima akibat daripada dosa kita. Tuhan, di dalam rancangan sempurna-Nya, menjadi seorang manusia –Yesus Kristus (Yohanes 1:1,14). Yesus mati di atas salib, memikul hukuman mati bagi pihak kita. 2 Korintus 5 :21 mengajar kita, “Kristus tidak berdosa, tetapi demi kebaikan kita, Allah meletakkan dosa kita pada Dia. Dengan demikian kita berbaik semula dengan Allah, apabila kita bersatu dengan Kristus.” Yesus mati di atas salib, memikul hukuman kita yang sepatutnya kita terima! Sebagai Tuhan, kematian Yesus memberikan pengampunan dosa bagi seluruh dunia. 1 Yohanes 2:2 memaklumkan, “Melalui Kristuslah dosa kita diampunkan, dan bukannya dosa kita sahaja, tetapi juga dosa semua orang.” Yesus bangkit daripada kematian, mengumumkan kemenangan-Nya mengatasi dosa dan kematian (1 Korintus 15:1-28). Puji Tuhan, melalui kematian dan kebangkitan Yesus Kristus, bahagian separuh kedua Roma 6:23 adalah benar, “…tetapi hidup sejati dan kekal bersama-sama Kristus Yesus Tuhan kita adalah anugerah Allah.”
Adakah anda inginkan dosa anda diampuni? Adakah anda sentiasa mempunyai rasa bersalah yang tidak dapat diatasi? Pengampunan bagi dosa anda tersedia jika anda meletakkan kepercayaan anda kepada Yesus Kristus sebagai Penyelamat anda. Efesus 1:7 menyatakan, “Hal itu demikian, kerana dengan kematian Kristus kita dibebaskan; maknanya Allah sudah mengampunkan dosa kita. Alangkah mulianya rahmat Allah.” Yesus telah membayar hutang kita supaya kita dapat diampuni. Apa yang anda perlu buat adalah meminta Tuhan untuk mengampuni anda melalui Yesus, percaya Yesus mati untuk membayar harga pengampunan bagi anda – maka Tuhan akan mengampuni anda! Yohanes 3:16-17 mengandungi berita yang mengagumkan ini, “Allah sangat mengasihi orang di dunia ini sehingga Dia memberikan Anak-Nya yang tunggal, supaya setiap orang yang percaya kepada Anak itu tidak binasa tetapi beroleh hidup sejati dan kekal. Allah mengutus Anak-Nya ke dunia ini bukan untuk menghakimi dunia, tetapi untuk menyelamatkannya.”
Pengampunan – Betulkah begitu senang sahaja?
Ya, begitu senang sahaja! Anda tidak dapat melakukan apa-apa untuk mendapatkan pengampunan daripada Tuhan. Anda tidak dapat membayar untuk mendapatkan pengampunan daripada Tuhan. Anda hanya boleh menerimanya, dengan iman, melalui rahmat dan belas kasihan Tuhan. Jika anda hendak menerima Yesus Kristus sebagai Penyelamat anda dan menerima pengampunan daripada Tuhan, berikut adalah doa yang anda boleh lafazkan. Melafazkan doa ini atau doa-doa lain tidak dapat menyelamatkan anda. Hanya kepercayaan kepada Yesus Kristus yang boleh memberikan pengampunan dosa. Doa ini hanyalah satu cara yang mudah untuk menunjukkan kepada Tuhan bahawa anda percaya kepada-Nya dan berterima kasih kepada-Nya kerana menyediakan pengampunan kepada anda. "Tuhan, saya mengaku bahawa saya sudah berdosa terhadap Kamu dan patut dihukum. Tetapi Yesus Kristus telah menggantikan saya untuk menerima hukuman itu supaya saya dapat diampuni melalui kepercayaan ke atas Dia. Saya meletakkan kepercayaan saya kepada Kamu untuk mendapat penyelamatan. Terima kasih Tuhan kerana rahmat dan pengampunan Kamu yang mengagumkan! Amin!"
Adakah anda sudah membuat keputusan untuk menerima Kristus selepas membaca laman ini? Jika ya, sila tekan butang “Saya telah menerima Kristus hari ini” di bawah.
Saya seorang Muslim. Mengapakah saya harus mempertimbangkan untuk menjadi seorang Kristian?
JAWAPAN
Seringkali, seseorang menganuti agama tertentu mengikuti ibu bapa atau budaya, sama ada Muslim, Buddha atau Katolik. Akan tetapi, apabila kita berhadapan dengan Tuhan pada Hari Penghakiman, setiap orang perlu mempertanggungjawabkan dirinya – sama ada dia percaya kepada kebenaran Tuhan. Tetapi antara banyak agama, apakah itu kebenaran? "Yesus menjawab, “Akulah jalan untuk mengenal Allah dan untuk mendapat hidup. Tidak seorang pun dapat datang kepada Bapa kecuali melalui Aku'" (Yohanes 14:6).
Kristian yang benar adalah pengikut Yesus. Bagaimanakah Yesus dapat mendakwa dirinya sebagai satu-satunya jalan kepada Bapa Tuhan? Mari kita mencari jawapannya dalam Firman Allah, Alkitab.
Kehidupan, kematian, dan kebangkitan Yesus
Alkitab mencatatkan bagaimana Yesus menepati perkhabaran Tuhan ketika Dia dilahirkan oleh seorang anak dara bernama Maria. Dia bertumbuh menjadi dewasa dengan unik daripada manusia lain kerana Dia tidak pernah berdosa (1 Petrus 2:22). Orang ramai berkerumun demi mendengar ajaran-Nya dan berasa kagum akan mukjizat-mukjizat-Nya. Yesus menyembuhkan orang sakit, membangkitkan orang mati, dan berjalan di atas air.
Berbanding dengan semua orang di dunia ini, Yesus tidak patut mati. Akan tetapi, Yesus mengisytiharkan perkhabaran Tuhan bahawa Dia akan disalibkan dan dibangkitkan daripada kematian (Matius 20:18-19). Kata-kata-Nya menjadi benar. Askar-askar memukul Yesus dan mengenakan sebuah mahkota duri pada kepala-Nya; orang-orang mencemuh Dia dan meludahi-Nya; paku-paku menembusi tangan dan kaki-Nya ke dalam sebuah salib kayu. Yesus mempunyai kuasa untuk menyelamatkan diri-Nya, tetapi Dia menyerahkan diri-Nya, sanggup mati pada kayu salib (Yohanes 19:30). Tiga hari kemudian, Yesus bangkit dari kubur!
Mengapakah Dia disalibkan?
Sebagai seorang Muslim, mungkin anda akan tanya, "Mengapakah Tuhan membenarkan nabi-Nya Isa untuk dianiayai dan dibunuh?" Kematian Yesus memang diperlukan kerana...
• Setiap orang adalah pendosa: "Semua orang sudah berdosa dan jauh daripada Allah yang menyelamatkan mereka" (Roma 3:23). Baik tidak menghormati ibu bapa, bercakap bohong, gagal mengasihi Tuhan dengan segenap hati, mahupun tidak mempercayai Firman Tuhan, kita semua telah berdosa terhadap Tuhan yang suci.
• Hukuman bagi dosa adalah kematian: "Kematian adalah upah dosa" (Roma 6:23a). Tuhan mencurahkan murka-Nya kepada pendosa yang tidak mempercayai-Nya dengan menyisihkan mereka di dalam neraka selama-lamanya (2 Tesalonika 1:8,9). Sebagai Hakim yang adil, Tuhan tidak akan tidak mempedulikan dosa.
• Kita tidak mampu menyelamatkan diri dengan amalan ibadat: "Hal itu demikian, kerana dengan rahmat Allah, kamu diselamatkan oleh sebab kamu percaya kepada Yesus. Penyelamatan itu bukan hasil usaha kamu sendiri, melainkan kurnia Allah. Oleh itu kamu tidak mempunyai alasan untuk bercakap besar tentang hal itu" (Efesus 2:8-9). Ini merupakan satu perbezaan utama antara Kristian dan Islam. Islam mengajar bahawa seseorang itu dapat mencapai firdaus dengan mengamalkan kelima-lima Rukun Islam. Walaupun berkemungkinan untuk berbuat kebajikan melebihi kejahatan, Alkitab mengajar bahawa "bahkan perbuatan kami yang terbaik pun kotor dan najis" (Yesaya 64:6b). Walaupun satu dosa sahaja membuatkan seseorang itu bersalah seperti melanggar kesemua hukum Tuhan (Yakobus 2:10). Manusia yang berdosa tidak dapat membuat apa-apa untuk mendapatkan syurga.
• Tuhan mengorbankan Anak-Nya demi orang-orang berdosa: "Allah sangat mengasihi orang di dunia ini sehingga Dia memberikan Anak-Nya yang tunggal, supaya setiap orang yang percaya kepada Anak itu tidak binasa tetapi beroleh hidup sejati dan kekal " (Yohanes 3:16). Tuhan mengetahui bahawa dosa manusia menghindarkan mereka dari syurga. Tuhan mengetahui bahawa satu-satunya cara hutang dosa dapat dilunas adalah melalui Dia yang sempurna dengan membayar harga kematian. Tuhan mengetahui bahawa hanya Dia saja yang dapat membayar harga yang tidak terhingga. Oleh itu, rancangan kekal Tuhan adalah mengutus Anak-Nya Yesus untuk mati sebagai pengganti bagi orang berdosa yang mempercayai-Nya.
Menjadi seorang Kristian
"Percayalah kepada Tuhan Yesus, lalu kamu akan diselamatkan" (Kisah Rasul-Rasul 16:31b).
Sebagai seorang Muslim, anda mungkin berkata, "Oh, saya percaya pada Yesus. Saya percaya bahawa Isa ialah seorang guru yang benar, seorang nabi yang agung, dan seorang yang baik."
Akan tetapi, anda tidak boleh menyatakan bahawa Yesus adalah seorang guru yang benar, namun menolak ajaran-Nya bahawa Dia ialah satu-satunya jalan, kebenaran, dan hidup (Yohanes 14:6). Anda tidak boleh percaya bahawa Yesus ialah seorang nabi agung tetapi menolak perkhabaran-Nya yang berkata Dia akan mati dan dibangkitkan dalam tiga hari (Lukas 18:31-33). Anda tidak boleh mengakui bahawa Yesus ialah seorang yang baik tetapi tidak mempercayai kata-kata-Nya sebagai Anak Tuhan (Lukas 22:70; Yohanes 5:18-47).
Anda tidak boleh mempertimbangkan menjadi seorang Kristian tanpa menyedari bahawa Kristianiti menolak semua agama lain (Kisah Rasul-Rasul 4:12).
Kesimpulan Kristianiti yang tidak dapat dielakkan adalah ini: sama ada Yesus telah menanggung dosa anda pada kayu salib atau anda sendiri yang menanggung dosa anda di neraka. "Sesiapa yang percaya kepada Anak itu beroleh hidup sejati dan kekal, tetapi sesiapa yang tidak taat kepada Anak itu tidak akan beroleh hidup itu. Dia akan dihukum oleh Allah selama-lamanya" (Yohanes 3:36).
Sementara anda mempelajari Alkitab, semoga Tuhan membuka hati anda untuk berpaling dari dosa anda dan mempercayai Yesus. Anda boleh membalas dengan doa seperti berikut. Ingatlah, doa ini tidak menyelamatkan anda. Hanya Tuhan saja yang dapat menyelamatkan! Akan tetapi, doa tersebut boleh menjadi pernyataan iman anda yang Tuhan kurniakan dalam Tuhan Yesus Kristus.
"Ya Tuhan, saya sangat sedih kerana saya telah berdosa terhadapMu. Sebagai seorang yang berdosa, saya layak mendapat kematian di neraka. Akan tetapi, saya percaya Kamu mengutuskan AnakMu, Yesus, untuk mati di kayu salib bagi dosa dan bangkit daripada kematian dalam kemenangan. Sekarang saya berpaling dari keinginan berdosa saya dan menyerah dari upaya mencapai syurga melalui perbuatan saya sendiri. Saya percaya Tuhan Yesus saja sebagai Penyelamat-ku dari dosa. Saya mengasihi-Mu, Tuhan, dan menyerahkan diri saya untuk mengikuti-Mu dengan Firman-Mu, Alkitab. Amin!"
Adakah anda sudah membuat keputusan untuk menerima Kristus selepas membaca laman ini? Jika ya, sila tekan butang “Saya telah menerima Kristus hari ini” di bawah.
9 Julai 2021
Adakah anda memiliki hidup abadi?
Soalan: Adakah anda memiliki hidup abadi?
Jawapan: Alkitab menunjukkan satu jalan jelas yang menuju ke hidup abadi. Pertama, kita perlu mengaku bahawa kita telah berdosa terhadap Tuhan: “Semua orang sudah berdosa dan jauh daripada Allah yang menyelamatkan mereka.” (Roma 3:23). Kita semua pernah melakukan sesuatu yang tidak menyenangkan hati Tuhan menyebabkan kita patut menerima hukuman. Oleh sebab pada dasarnya dosa-dosa kita adalah terhadap Tuhan yang abadi, maka hanya hukuman yang juga abadi baru mencukupi. “Kematian adalah upah dosa, tetapi hidup sejati dan kekal bersama-sama Kristus Yesus Tuhan kita adalah anugerah Allah.” (Roma 6:23).
Namun begitu, Kristus Yesus, yang tidak berdosa (1 Petrus 2:22), Anak Tuhan yang abadi menjadi seorang manusia (Yohanes 1:1,14) dan mati untuk menebus dosa kita. “Tetapi Allah telah menunjukkan betapa besarnya kasih-Nya kepada kita, kerana Kristus mati bagi kita semasa kita masih berdosa” (Roma 5:8). Kristus Yesus mati di atas salib (Yohanes 19:31-42), mangambil alih hukuman yang kita patut terima (2 Korintus 5:21). Selepas tiga hari, dia bangkit semula daripada kematian (1 Korintus 15:1-4), membuktikan Dia telah menewaskan dosa dan kematian. “Marilah kita bersyukur kepada Allah, Bapa Tuhan kita Yesus Kristus! Kerana Dia sangat mengasihani kita, Dia mengurniai kita hidup yang baru, dengan membangkitkan Yesus Kristus daripada kematian. Hal ini memberikan harapan yang kukuh kepada kita” (1 Petrus 1:3).
Dengan iman, kita mesti mengubah penetapan minda kita terhadap Kristus – siapa Dia, apa Dia buat dan mengapa – demi penyelamatan (Kisah Rasul-Rasul 3:19). Jika kita meletakkan kepercayaan kepada-Nya, percaya bahawa kematiannya di atas salib untuk menebus dosa kita, kita akan diampuni dan dijanji kehidupan abadi di syurga. “Allah sangat mengasihi orang di dunia ini sehingga Dia memberikan Anak-Nya yang tunggal, supaya setiap orang yang percaya kepada Anak itu tidak binasa tetapi beroleh hidup sejati dan kekal” (Yohanes 3:16). “Jika kamu mengaku di hadapan orang bahawa “Yesus itu Tuhan,” dan kamu sungguh-sungguh percaya bahawa Allah sudah membangkitkan Yesus daripada kematian, kamu akan diselamatkan” (Roma 10:9). Hanya iman ke atas kerja yang telah dilakukan oleh Kristus di atas salib adalah jalan benar yang menuju ke hidup abadi! “Hal itu demikian, kerana dengan rahmat Allah, kamu diselamatkan oleh sebab kamu percaya kepada Yesus. Penyelamatan itu bukan hasil usaha kamu sendiri, melainkan kurnia Allah. Oleh itu kamu tidak mempunyai alasan untuk bercakap besar tentang hal itu” (Efesus 2:8-9).
Jika anda ingin menerima Yesus Kristus sebagai Penyelamat anda, berikut adalah satu contoh doa. Ingatlah, melafazkan doa ini atau doa yang lain tidak akan menyelamatkan anda. Hanya kepercayaan ke atas Kristus yang dapat menyelamatkan anda daripada dosa. Doa ini hanya merupakan satu cara yang mudah untuk menunjukkan kepercayaan anda kepada-Nya dan mengucapkan terima kasih kepada-Nya kerana Dia memberikan anda penyelamatan. "Tuhan, saya mengaku bahawa saya telah berdosa terhadap Kamu dan patut dihukum. Tetapi Yesus Kristus telah menggantikan saya untuk menerima hukuman itu supaya saya dapat diampuni melalui iman di dalam Kristus. Saya meletakkan kepercayaan saya kepada Kristus untuk mendapat penyelamatan. Terima kasih Tuhan kerana rahmat dan pengampunan Kamu yang mengagumkan – iaitu hadiah kehidupan abadi! Amin!"
Adakah anda sudah membuat keputusan untuk menerima Kristus selepas membaca laman ini? Jika ya, sila tekan butang “Saya telah menerima Kristus hari ini” di bawah.